***Sebelum ini terdapat artikel di blog ini tentang Cili Paling Pedas Di Dunia. Klik di sini untuk membacanya.

Masyarakat majmuk di Malaysia semestinya amat serasi dengan masakan pedas seperti kari, masak merah, rendang, asam pedas dan banyak laKadang-kadang, masakan yang dimasak terlebih pedas sehingga membakar lidah, mulut, tekak dan kawasan sekitarnya.

Pelbagai cara kita buat untuk menghilangkan kepanasan dan kepedasan tersebut. Tindakan yang kebanyakan orang ambil ialah dengan minum air kosong banyak-banyak sehingga kembung perut.

Tahukah anda minum air kosong sebenarnya tidak berkesan sangat. Berikut merupakan beberapa cara yang dicadangkan untuk menghilangkan kepedasan selepas makan makanan pedas :

1. MAKAN/MINUM PRODUK BERASASKAN TENUSU

Susu

Penyelesaian ini amat terkenal dan mudah bagi mereka yang mengetahuinya. Anda boleh minum susu segar, makan coklat, menjilat ais krim (berasaskan susu) dan sebagainya. Di dalam susu wujudnya lemak yang akan mencairkan elemen-elemen berasaskan minyak (oil-based) yang terdapat dalam masakan pedas yang wujud dari minyak masak atau dikeluarkan bahan-bahan pedas di dalam masakan tersebut (seperti cili).

2. AMBIL BUAH SITRUS
Buah Sitrus

Buah yang terkenal dengan asid sitrik (asid buah, tak berbahaya) tentunya oren. Buah limau (tak kira warna) juga salah satu buah sitrus. asid sitrik yang terdapat dalam buah sitrus mampu menguraikan elemen-elemen (berasaskan minyak) yang terdapat dalam makanan pedas. Dalam sesetengah produk, asid sitrik ini dimasukkan dalm pembuatan ais krim sebagai ejen pengemulsi (penggabung) lemak.

3. MAKAN PRODUK BERASASKAN GANDUM

Produk Gandum

Dengan memakan sesuatu yang ringan dan kembang seperti produk gandum; roti, muffin dan sebagainya, tekstur dan komposisi produk tersebut membantu menyerap bahan berasaskan minyak dalam makanan pedas.

BAHAN-BAHAN LAIN

1. Gula (kasar, halus atau perang)
2. Tomato
3. Garam
4. Gula-gula getah tanpa pudina
5. Keju

TIPS DAN INFO TAMBAHAN

• Jangan minum air kosong kerana air hanya merebak capsaicin di sekeliling pada lidah anda.
• Jika anda rasa berdenyut-denyut dan gatal-gatal pada badan anda, terutama di kepala anda, anda mungkin mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Minum sesuatu.
• Jangan menelun semua air liur berlendir! Ia juga membantu menyejukkan badan anda.

 

Sumber :
1. WikiHow [How to Cool Your Tongue After Eating Spicy Food]
2. The Straight Dope [Why water won’t help after eating spicy hot food]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s