Cili Paling Pedas Di Dunia

Posted: 12 Oktober, 2011 in Informasi

Tahukah anda cili apakah yang paling pedas di dunia?

Ghost Chilli
Ghost Chilli

Jawapannya ialah cili Bhut Jolokia yang berasal dari Assam, India. Ia juga dikenali dengan nama “Ghost Chile”.  Mungkin kerana cilinya yang pedas membuatkan anda naik hantu. Cili ini juga telah diiktiraf oleh Guiness World Records. Cili ini mempunyai kadar kepedasan lebih daripada 1,000,000 capsaicin.

Bhut Jolokia
Bhut Jolokia

Bagaimana pula kadar pedas diukur?  Kadar pedas diukur menggunakan skala Scoville Heat Unit (SHU) dengan nilai antara 0 – 2,000,000. Skala Scoville merupakan ukuran jumlah capsaicin yang terdapat dalam cili. Dalam erti kata lain, Capsaicin merupakan bahan kimia yang mampu memberi rangsangan pedas pada manusia. Ukuran ini telah diperkenalkan oleh ahli kimia Amerika yang Wilbur Scoville.

Chilli Heat Chart

Chilli Heat Chart

MITOS & JAWAPAN BHUT JOLOKIA

MITOS : Anda perlu memakai sarung tangan untuk memegang bijih benih Bhut Jokia, walaupun untuk menanamnya, untuk mengelakkan keradangan pada kulit.

JAWAPAN : Tindakan yang bijak keran semasa memproses, capsaicin wujud pada bijih benih dan boleh menembusi lapisan kulit anda.

MITOS : Bijih benih Bhut Jokia perlu disejukbekukan selama dua hari, kemudian disimpan di dalam gelap sehingga bercambah.

JAWAPAN : Ini adalah mitos, tetapi secara umumnya, meletakkan bijih benih di tempat yang sejuk adalah idea yang bagus, tetapi cuma perlu pastikan disimpan di tempat kedap udara juga. Perkara ini memastikan bijih benih dapat hidup dalam tempoh yang lebih lama.

MITOS : Anda perlu mengikis bijih benih bagi membolehkannya bercambah dan anda mesti memakai pelindung muka semasa melakukannya.

JAWAPAN : Mitos ini salah sama sekali. Jenis cili yang perlu dibuat sedemikian hanyalah Chiltepin.

  

 MITOS : Bunga cili perlu didebungakan sendiri.

JAWAPAN : Perbuatan ini tidak perlu, tetapi boleh membantu dalam menetapkan ciri buahnya.

MITOS : Kepedasan cili akan berkurang sekiranya tidak tumbuh secara pengasingan mutlak.

JAWAPAN : Mitos ini tidak betul. Kepedasan Jolokia boleh disebabkan persekitaran. Persekitaran yang sederhana akan menghasilkan cili kurang pedas. Juga cili akan menjadi kurang pedas sekiranya dipetik terlalu awal ketika tidak matang lagi. Namun, penanaman secara berasingan tidak ada kena mengena dengan kepedasan cili.

***Dipetik dari artikel kiriman aizi aizi di Mahligai Yahoo! Groups dan Facebook The Chile Pepper Institute.

Komen-komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s