Kisah Harimau Di Taj

Posted: 22 Oktober, 2010 in Semasa
Pada hari ketiga bulan ke-10, terdengarlah ngauman harimau di bumi Taj Mahal. Mungkin ramai sudah dapat mengagak tetapi bagi yang belum mengetahui maksud ayat pertama tersebut, biar saya jelaskan. 3 Oktober 2010, Sukan Komanwel 2010 telah pun bermula secara rasminya di New Delhi, India.

Target awal, 10 pingat emas. Dengan kesungguhan dan ketabahan mengharungi segala rintangan, akhirnya pada 15 Oktober 2010, berakhirlah sudah perjuangan pasukan Harimau di bumi Delhi. 35 pingat berjaya diperoleh termasuk 12 butir pingat emas berjaya dihasilkan. Pada edisi kali ini merupakan rekod terbaik skuad Harimau di Sukan Komanwel. Sebelum ini, rekod terbaik dicipta di tanah air sendiri pada edisi 1998 iaitu dengan 10 pingat emas diperoleh.

Namun, situasi kali ini berbeza sama sekali. Sudahlah merantau di negeri orang, pelbagai masalah pula timbul. Namun, pihak penganjur berjaya mengatasinya pada saat-saat akhir.

CORETAN DI DELHI

Pada edisi kali ini, banyak juga suka duka tercoret. Paling mengharukan, melihat dua orang gadis bertudung berjaya memenangi pingat emas. Mereka ialah Nur Ayuni Halim dan Nur Suryani Mohd Talibi yang memenangi acara menembak 10m air raifal berpasangan. Mereka juga menyumbang satu perak (Nur Ayuni Halim) dan satu gangsa (Nur Suryani Mohd Talibi) dalam acara individu. Ini membuktikan walau mereka menutup aurat dengan cukup sempurna, mereka tetap boleh berjaya dalam bidang sukan. Skuad menembak juga menghadiahkan pingat emas menerusi Bibiana Ng dalam acara 10m air pistol wanita individu akhir.

Selain itu, jaguh berbasikal keirin Malaysia, Mohd Azizulhasni Awang pasti kecewa kerana tidak memenangi sebarang pingat emas pada edisi kali ini. Sudahlah pencabar terdekatnya, tidak mengambil bahagian. Sepatutnya emas sudah berada dalam genggaman Azizul tetapi terdapat bantahan dari negara lain yang menyatakan Azizul menghimpit pelumba negara lain. Namun, tuah masih berpihak pada Malaysia apabila Josiah Ng yang sepatutnya memenangi perak, telah dianugerahkan pingat perak yang dilucutkan dari Azizul. Azizul sekadar membawa pulang gangsa dalam acara berpasukan.

Azizulhasni Awang

Azizulhasni Awang

Jaguh skuasy dunia pula, Nicol Ann David berjaya menebus kehampaan pada edisi terdahulu. Jika pada edisi 2006, Nicol tidak berjaya meraih sebarang pingat setelah sekadar menduduki tempat keempat. Namun, kali ini, Nicol yang turun sebagai pilihan utama berjaya memperoleh emas setelah menewaskan Jenny Duncalf dari England 11-3, 11-5 dan 11-7. Lebih mengharukan, Nicol berjaya memenangi satu lagi pingat yang tidak dijangkakan. Walaupun sekadar gangsa, namun memenangi acara berpasangan campuran bersama Ong Beng Hee amat bermakna kerana mereka berjaya mengetepikan cabaran pemain pilihan seperti Donna Urquhart dan David Palmer 11-9, 11-6 pada penentuan gangsa.

KEJUTAN

Sukan terjun tidaklah mensasarkan pingat emas pada edisi kali ini, namun percikan emis berjaya dihasilkan menerusi Pandalela Rinong yang memenangi acara terjun 10m platform wanita. Sebelum itu, Pandalela yang berganding dengan Leong Mun Yee berjaya menghadiahkan perak kepada kontigen Malaysia dalam acara terjun 10m platform berirama. Selain itu, skuad terjun negara turut menraih gangsa menerusi gandingan Yeoh Ken Nee dan Bryan Nickson Lomas dalam acara final 3m papan anjal seirama.

Emas ke-10 pula disumbang menerusi sukan gimrama apabila Elaine Koon memnangi final acara Hoop pada hari terakhir Sukan Komanwel 2010. Beliau turut memenangi satu perak dan tiga gangsa. Acara ini pernah menjadi lubuk emas negara suatu ketika dahulu, namun memandangkan sukan ini sukan subjektif dalam pemarkahannya, harapan tidak diletakkan terlalu tinggi pada acara ini.

Satu lagi kejutan datang dari sukan yang tidak dijangkakan, pingpong or table tennis. Walaupun sekadar meraih satu gangsa, namun itulah sejarahnya, pingat pertama sukan ini untuk Sukan Komanwel. Lebih mengharukan, kisah skuad berpasukan pingpong wanita (yang memenangi gangsa) menewaskan pasukan pilihan, England. Terbukti pengorbanan mereka terutamanya pemain yang bernama Ng Sock Khim yang memang amat berhempas pulas untuk memenangi pingat untuk negara. Sudahlah mengalami kecederaan, tetapi dia sanggup berjuang walau terpaksa menanggung kesakitan. Usaha berbaloi, dan sebaik mendapatkan mata kemenangan untuk Malaysia, beliau menangis atas perjuangannya itu. Kisah lanjut >>> Sini atau Sini

Ng Sock Khim
Ng Sock Khim

LUBUK EMAS

Selepas berjaya menepati sasaran 10 pingat emas, harapan untuk menambah kilauan emas terus menyinar dalam acara yang sememangnya menjadi lubuk emas negara, badminton. Sebelum itu, beregu campuran negara, Koo Kien Keat dan Chin Eei Hui menyumbang emas bonus negara iaitu emas kesembilan apabila menumpaskan beregu pilihan, Nathan Robertson dan Jenny Wallwork dari England 22-20, 21-12.

Kemudian, Koo Kien Keat berpasangan pula dengan Tan Boon Heong dalam acara akhir beregu lelaki untuk mengecewakan sekali lagi Nathan Robertson yang berpasangan dengan Anthony Clark 21-19, 21-14 untuk emas terakhir negara. Sebelum itu, pemain badminton no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah menewaskan untuk menghadiahkan pingat emas ke-11.

Harapan untuk menambah lagi satu emas bonus menerusi acara perseorangan wanita bagaimanapun gagal.  Menentang pemain no. 3 dunia, Saina Nehwal bukanlah mudah buat Wong Mew Choo terutamanya bertarung di negara kelahiran Saina. Memenangi set pertama 21-19, Mew Choo agak bersemangat untuk memenangi pingat emas. Pada set kedua, walaupun pernah ketinggalan agak jauh, Mew Choo berjaya mengejar dan pada satu ketika, dan hampir sahaja memenangi set kedua. Namun, sikap terlalu berhati-hati Mew Choo membawa padah apabila Saina menang tipis pada set kedua 23-21. Set ketiga, Mew Choo seakan sudah keletihan, tambahan pula sorakan peminat tempatan menaikkan lagi semangat Sonia untuk memenangi pingat emas.

Wong Mew Choo
Wong Mew Choo

JAUH TERSASAR

Beberapa sukan yang diharapkan menyumbangkan sesuatu pada kontigen negara kali ini, mengecewakan. Paling teruk dikecam, sukan olahraga apabila gagal menyumbang sebarang pingat, malah atlet olahraga gagal mendapat catatan terbaik. KOAM telah dikecam teruk oleh MSN sekembalinya dari Delhi.

Namun, bagi saya, sukan hoki agak mengecewakan terutamanya skuad lelaki. Sekadar menang sekali ke atas Scotland (itupun menang tipis) dan tewas teruk kepada pasukan yang boleh dikatakan setaraf seperti India dan Pakistan memang sukar untuk diterima. Pasukan wanita agak baik persembahan mereka pada permulaan apabila mengejutkan Kanada, pasukan yang berada di ranking yang lebih tinggi. Namun, kekalahan kepada pasukan bawahan, Wales akibat pengadilan yang teruk seakan melemahkan semangat mereka. Lebih-lebih lagi mereka gagal untuk merebut tempat ke-9 apabila tewas kepada Trinidad dan Tobago pada klasifikasi 9/10. Maka pasukan wanita menghuni tangga tercorot pada edisi kali ini. Pasukan hoki lelaki pula menduduki tangga ke-8.

Skuad Hoki Malaysia

Skuad Hoki Malaysia

Paling jauh tersasar semestinya sukan boling padang. Menjangkakan 4 pingat emas boleh disumbangkan, namun tiada satu pun kilauan emas berjaya disumbang. Lebih mengecewakan, skuad boling padang hanya menyumbang satu perak.

————————————————————————————————————————————————————————————————–

Secara keseluruhannya, skuad Harimau Malaya kali ini cukup berjaya apabila meraih 12 pingat emas. Kedudukan Malaysia dalam senarai pingat pula di tangga ketujuh. Andai Wong Mew Choo berjaya memenangi emas atau emas Azizulhasni Awang tidak ditarik, pasti Malaysia boleh memperbaiki kedudukan di tangga kelima. Namun, skuad Malaysia membuktikan mereka sememangnya berjaya dengan mengatasi pencabar serantau, Singapura.

Akhir kata, Malaysia Boleh!😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s