Semakan Keputusan PILN bagi Lepasan SPM 2009 [MARA/JPA]

Posted: 21 Mei, 2010 in Uncategorized

Assalamualaikum wbt.

Keputusan untuk PILN Lepasan SPM 2009 dah pun keluar.

Untuk JPA, boleh check kat http://esilav2.jpa.gov.my/ mulai 21 Mei 2010, jam 3.00 petang.

Untuk MARA pula, boleh check kat http://www3.mara.gov.my/keputusanPILN2010/index.htm mulai 21 Mei 2010, jam 4.00 petang.

Good luck kepada yang berkaitan. =)

Nway, meh saya letak petikan kat website JPA :

Dasar Penajaan Program Ijazah Luar Negara Tahun 2010
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.
 
Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.

Penawaran PILN adalah berdasarkan 4 kategori seperti berikut:
Kategori 1 – Kecemerlangan Akademik sebanyak 20% daripada keseluruhan tempat di bawah PILN.
Kategori 2 – Mengikut Populasi Kaum sebanyak 60% daripada keseluruhan tempat dalam PILN
Kategori 3 – Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN.
Kategori 4 – Golongan Socially Disadvantaged sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN.

Bagi PILN 2010, JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan daripada pelajar-pelajar lepasan SPM. Daripada jumlah tersebut sebanyak 10,956 permohonan melepasi syarat minima dan layak di temuduga. Bilangan tersebut menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif.
 
Memandangkan terdapat persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 2,000 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN untuk mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal. Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan.

MARA plak? Oh, harap maaf, MARA xde tulis pape. =)

Komen-komen
  1. hani berkata:

    berapa peratus untuk sambung ke university of nottingham uk , kalau tajaan mara >

  2. mohmad irwan b.aziz ali berkata:

    sy sangat ske untk memsuki plkn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s