Apa Nak Jadi Lepas SPM?

Posted: 29 Januari, 2010 in Pendidikan

Apa Nak Jadi Lepas SPM?

oleh Akmal Amri
 

“Yes! Paper SPM dah habis. Aku MERDEKA!!!”

Inilah ungkapan yang biasa kita dengar daripada pelajar Form 5 yang baru sahaja tamat SPM.

MERDEKA.

Tidak. Jangan lupa, merdeka itu Cuma sementara, kerana ketahuilah, perjalanan selepas SPM itu lebih perit dan jerih. Tapi, sebesar mana pun keperitan dan kejerihan itu, ia akan dapat diatasi dengan perancangan yang rapi.

Jadi, mari kita merancang!

Perkara yang paling penting dalam menentukan ke mana kita selepas tamat persekolahan ialah cita-cita kita. Memilih cita-cita ataupun kerjaya yang ideal dengan kita merupakan keputusan yang selalunya sukar untuk dibuat.

Ada orang nak jadi Engineer tapi mak nak dia jadi Doktor.
Ada orang nak jadi Doktor tapi mak nak dia jadi Cikgu.
Ada orang nak jadi Engineer tapi dia tidak pandai Matematik.

Keliru. Dan tidak tahu.

Untuk memilih course, saya simpulkan 4 faktor penting yang perlu difikirkan dalam membuat pertimbangan tersebut iaitu Minat, Kemampuan, Keluarga dan Wawasan.

1. Minat

 

 

Fikirkan apa yang menjadi kegemaran anda. Apa yang anda paling suka lakukan. Perkara apakah yang paling anda bersemangat nak lakukan.

Ada orang suka dengan computer dan teknologi.

Ada orang suka dengan nombor.

Ada orang seronok membedah katak semasa Form 5.

Ada orang minat belajar Geografi.

Setelah mengenalpasti kegemaran anda, kaitkan kegemaran anda dengan kerjaya yang ada.

Orang yang suka dengan teknologi MUNGKIN sesuai dengan kerjaya Engineer.

Orang yang seronok membedah katak MUNGKIN sesuai dengan kerjaya Doktor.

Orang yang gemar bermain dengan nombor MUNGKIN sesuai menjadi Actuary.

Orang yang minat Geografi MUNGKIN sesuai menjadi seorang ahli Geologi.

BANYAK lagi peluang kerjaya yang ada di luar sana, dan anda perlu mancari dan mengkaji. Pastikan kerjaya pilihan anda sesuai dengan MINAT anda.

2. Kemampuan

Adakalanya kita gemar melakukan sesuatu, tapi itu bukanlah perkara terbaik yang kita lakukan. Contohnya kita minat dengan Matematik dan sangat suka bermain dengan nombor, tetapi kita jarang berjaya menyelesaikan soalan-soalan Matematik yang kompleks.

Kalau kita lihat kepada minat kita semata-mata, justeru kerjaya sebagai Actuary ataupun Financial Analyst kelihatan seperti kerjaya yang paling sesuai dengan kita. Namun bila kita pertimbangkan pula kemampuan diri kita, mungkin kita perlu berfikir dua kali sebelum membuat keputusan tersebut.

Meletakkan kemampuan diri sebagai salah satu factor utama dalam memilih kerjaya adalah sangat penting dan kritikal, kerana kita seboleh-bolehnya ingin mengelakkan daripada mencuba sesuatu perkara beberapa kali.

Ada orang yang ingin menjadi Engineer kerana minat dengan mesin-mesin ataupun bangunan, namun disebabkan kemampuan diri dalam menguasai ilmu Fizik yang agak rendah, pengajian Engineering akhirnya terbantut di tengah jalan.

3. Wawasan

Setiap orang ingin mencapai sesuatu dalam hidup ini. Menjadi jutawan, mempunyai empayar perniagaan sendiri, menjadi pakar sesuatu bidang ilmu, memiliki keluarga yang bahagia dan sebagainya merupakan perkara-perkara yang menjadi matlamat bagi sebahagian daripada kita.

Segala yang kita harapkan untuk capai akan melibatkan apa yang kita buat di masa hadapan. Kerjaya kita di masa hadapan samada akan membantu kita dalam mencapai wawasan tersebut, ataupun akan membantutkan usaha tersebut. Contonya, menjadi doktor MUNGKIN akan menyukarkan seseorang untuk memiliki empayar perniagaan sendiri; maka pemilihan kerjaya perlu mengambil kira wawasan hidup kita.

Contohnya, saya bercita-cita untuk memiliki empayar perniagaan dalam segenap bidang; real asset, engineering, IT, dan lain-lain. Maka, setelah mengambil kira minat dan kemampuan saya, saya memilih untuk menjadi seorang akauntan. Walaupun di peringkat awal pendidikan saya menanam azam untuk menjadi seorang doktor, namun setelah saya JELAS dengan apa yang ingin saya capai di dunia ini, maka saya mengubah cita-cita saya daripada menjadi seorang doktor kepada menjadi seorang akauntan kerana kerjaya tersebut lebih dekat dengan apa yang ingin saya capai dalam hidup ini.

4. Keluarga

Setelah kita memikirkan minat, kemampuan dan wawasan hidup dalam memilih kerjaya, ada satu lagi faktor yang sangat penting dalam hidup kita: keluarga. Kadang-kadang apa yang kita ingin dalam hidup ini tidak sama dengan apa yang keluarga kita harapkan daripada kita. Situasi yang paling banyak berlaku ialah apabila ibu mahukan anak menjadi doktor, tapi anak mahukan perkara yang sebaliknya.

Semua orang tahu bahawa restu ibu bapa adalah sangat penting dalam setiap apa yang kita buat. Islam sendiri mengajar kita supaya jangan membuatkan ibu bapa kecil hati, walaupun dengan hanya menyebut ‘uff’. Maka, dalam soal memilih kerjaya yang terbaik untuk diri kita, setelah pilihan kita memenuhi minat, kemampuan dan wawasan diri kita tapi tidak kena dengan harapan ibu bapa terhadap kita, bawalah berbincang. Jelaskan kepada ibu dan bapa sebab kita membuat keputusan tersebut. Tunjukkkan yang kita JELAS dan YAKIN dengan apa yang kita nak buat. Insya-Allah, mereka akan boleh menerimanya.

Yang penting, jangan SEKALI-KALI membelakangkan keluarga dalam soal memilih kerjaya, kerana mereka akan terkesan dengan pilihan kita.

Kesimpulan

Buatlah pilihan dan keputusan dengan bijak dan rasional. Pertimbangkan segala fakta yang berkaitan dan kemungkinan yang akan kita hadapi. Jika pilihan kita boleh memenuhi keempat-empat aspek di atas, insya Allah keputusan yang dibuat akan mampu untuk sentiasa memuaskan hati kita.

**Dipetik daripada iluvislam.com bahagian pendidikan (http://edu.iluvislam.com/v1/articles.php?article_id=185)

Komen-komen
  1. ipin berkata:

    aha..igt ko tlis sendri..petik dri iluvislam rupenya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s