Solar Eclipse!!

Posted: 15 Januari, 2010 in Pendidikan, Semasa
Tags: , ,
Gerhana Matahari
Esok, 15 Januari 2010, dunia bakal merasai lagi satu fenomena galaksi iaitu ‘solar eclipse’ atau gerhana matahari. Gerhana ini berlaku selepas gerhana bulan berlaku pada 1 Januari yang lepas.

  

Menurut Buletin Utama yang aku tonton tadi, gerhana bermula antara pukul 3 ptg dan berakhir dlm pukul 5.45 ptg.  

Kat utara tanah air dapat tengok lebih kurang 48%, manakala kat ibu negara hanyalah 28% sahaja.  

Gerhana matahari selepas ini dijangkakan pada 9 Mac 2016.  

Lepas tu aku luncurlah internet untuk carik maklumat. Ade gak beberapa kawan aku berminat cam Azmeer Meah dan Firdaus Razali.  

Maka, jumpalah website rasminye. Sesaper yg nak bukak, klik di sini. Website tu ada 2 versi, BM dan English. Nanti korang set sendiri kat bahagian atas page tu. Kalau malas nak bukak, bleh je baca maklumat kat bawah ni yang aku copy dari website tu (versi BM)…  

PROGRAM PENCERAPAN GERHANA MATAHARI SEPARA PDF Cetak E-mail
Aturan Gerhana MatahariSempena Gerhana Matahari Separa ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa mulai jam 2:30 p.m. hingga 6:00 p.m. di Planetarium Negara Kuala Lumpur. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan dan menanam minat terhadap astronomi di kalangan masyarakat Malaysia. Penglibatan dalam program-program ini amat menyeronokkan di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Saksikanlah siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 3:00 p.m. hingga 5:40 p.m. pada 15 Januari 2010 di laman web http://www.angkasa.gov.my/ . Setinggi-tinggi penghargaan kepada Hospital Besar Kuala Lumpur dan WRIGLEY’s eclipse mints. 
Pengenalan Gerhana Matahari
PENGENALAN Pada 15 Januari 2010, Gerhana Matahari Anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 km yang merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur (Rajah 1).  Ini berlaku apabila Bulan merentas di hadapan Matahari, tetapi tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari.  Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera Bulan (Rajah 2).            Lintasan bayang umbra Bulan bermula di Afrika dan melalui Chad, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Uganda, Kenya dan Somalia.  Selepas melepasi Afrika, lintasan tersebut melalui Lautan Hindi di mana tempoh maksimum keanularan mencapai 11 minit 8 saat.  Lintasan tersebut kemudian terus melintasi Asia melalui Bangladesh, India, Myanmar dan China (Rajah 1).            Gerhana Matahari Separa akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas meliputi Eropah Timur, Afrika, Asia dan Indonesia. 

Rajah 1: Lintasan Gerhana Matahari Anulus Merentasi Bumi pada 15 Jan 2010 (Warna Merah)- Sumber:NASA Rajah 2: Gerhana Matahari Anulus di Mandalay, Myanmar

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia – Pengenalan
GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40% di bahagian utara Semenanjung Malaysia pada waktu petang.  Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.  Kita  akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 3:00 p.m. hingga 5:45 p.m.           Secara amnya, Gerhana Matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintasi laluannya di antara Matahari dan Bumi supaya Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya seperti yang terdapat dalam Rajah 3. 

Geometri Gerhana Matahari

Rajah 3: Geometri Gerhana Matahari

Catatan :   

Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap  

Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah  

           Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira jam 3:00 p.m. apabila Bulan mula menyentuh cakera Matahari.  Keadaan ini dikenali sebagai “sentuhan pertama” iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa. Kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan Matahari yang terlalu terang. Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila Bulan menutupi Matahari secara perlahan membentuk sabit tua sehingga liputan maksimum tercapai pada jam kira-kira 4:25 p.m.. Pada akhir sentuhan kira-kira jam 5:40 p.m., bayangan Bulan mula hilang secara perlahan.  Keadaan Gerhana Matahari Separa yang berlaku di Malaysia boleh dirujuk pada Jadual 1 dan Rajah 4.  Rajah 5 menunjukkan apa yang akan kita nampak dari Kuala Lumpur. 

Gerhana Matahari Separa di Malaysia semasa Pertengahan Maksimum
Rajah 4: Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 15 Januari 2010 semasa Pertengahan Maksimum

Gerhana Matahari Separa di Kuala Lumpur

Rajah 5: Gerhana Matahari Separa di Kuala Lumpur – Liputan 28.3%

PARTIAL SOLAR ECLIPSE IN MALAYSIA  

15 JANUARY 2010  

Local circumstances in Malaysia for the Partial Solar Eclipse

No. Location Start of Partial Eclipse Hour:Minute:Second Mid Eclipse Hour:Minute:Second End of Partial Eclipse Hour:Minute:Second Coverage(%)
1 Alor Setar 2:56:43.0 p.m. 4:28:24.9 p.m. 5:45:18.7 p.m. 38.0
2 Bahau                    3:04:04.1 p.m. 4:26:36.7 p.m. 5:36:56.4 p.m. 26.6
3 Bandar Sri Aman 3:38:56.8 p.m. 4:35:04.1 p.m. 5:25:17.7 p.m. 10.3
4 Batu Pahat 3:06:17.1 p.m. 4:25:52.6 p.m. 5:34:03.7 p.m. 23.6
5 Beaufort 3:47:07.7 p.m. 4:43:37.9 p.m. 5:34:11.1 p.m. 12.8
6 Bidor 2:59:44.1 p.m. 4:26:54.9 p.m. 5:40:36.1 p.m. 31.6
7 Bintulu 3:41:42.2 p.m. 4:39:00.0 p.m. 5:30:09.0 p.m. 11.9
8 Georgetown 2:56:55.7 p.m. 4:27:42.8 p.m. 5:43:58.4 p.m. 36.3
9 Ipoh 2:58:50.9 p.m. 4:27:15.0 p.m. 5:41:48.5 p.m. 33.2
10 Johor Bahru 3:09:36.0 p.m. 4:26:26.2 p.m. 5:32:34.6 p.m. 21.5
11 Kajang 3:01:42.0 p.m. 4:26:00.2 p.m. 5:37:37.8 p.m. 28.1
12 Kangar 2:56:12.8 p.m. 4:28:36.6 p.m. 5:46:00.1 p.m. 39.1
13 Kerteh 3:06:22.3 p.m. 4:31:01.6 p.m. 5:42:47.5 p.m. 31.1
14 Klang 3:00:21.7 p.m. 4:25:35.2 p.m. 5:37:53.6 p.m. 28.8
15 Kluang 3:07:46.2 p.m. 4:26:42.7 p.m. 5:34:23.9 p.m. 23.4
16 Kota Bahru 3:03:21.0 p.m. 4:30:56.5 p.m. 5:44:49.9 p.m. 34.5
17 Kota Belud 3:47:42.8 p.m. 4:45:08.1 p.m. 5:36:25.8 p.m. 13.9
18 Kota Kinabalu 3:47:18.8 p.m. 4:44:30.1 p.m. 5:35:36.3 p.m. 13.5
19 Kuah 2:54:56.1 p.m. 4:27:57.8 p.m. 5:45:49.5 p.m. 39.5
20 Kuala Kangsar 2:58:30.0 p.m. 4:27:20.7 p.m. 5:42:13.2 p.m. 33.7
21 Kuala Lumpur 3:01:19.0 p.m. 4:25:54.7 p.m. 5:37:45.3 p.m. 28.3
22 Kuala Pilah 3:03:26.7 p.m. 4:26:15.7 p.m. 5:36:47.9 p.m. 26.7
23 Kuala Terengganu 3:06:22.3 p.m. 4:31:01.6 p.m. 5:42:47.5 p.m. 31.1
24 Kuantan 3:07:19.4 p.m. 4:29:13.7 p.m. 5:39:01.7 p.m. 27.2
25 Kuching 3:34:26.3 p.m. 4:34:19.7 p.m. 5:27:30.8 p.m. 12.2
26 Kudat 3:48:11.8 p.m. 4:45:56.9 p.m. 5:37:30.9 p.m. 14.4
27 Kulim 2:57:12.3 p.m. 4:27:40.1 p.m. 5:43:41.9 p.m. 35.9
28 Labuan 3:45:45.9 p.m. 4:43:10.3 p.m. 5:34:26.0 p.m. 13.2
29 Lahad Datu 3:55:16.1 p.m. 4:45:04.8 p.m. 5:30:18.0 p.m. 9.3
30 Lumut 2:57:19.6 p.m. 4:26:10.2 p.m. 5:41:04.5 p.m. 33.0
31 Maran 3:05:16.0 p.m. 4:28:10.8 p.m. 5:38:44.3 p.m. 27.7
32 Melaka 3:03:32.4 p.m. 4:25:28.7 p.m. 5:35:23.7 p.m. 25.6
33 Miri 3:43:09.2 p.m. 4:41:12.3 p.m. 5:32:57.2 p.m. 13.0
34 Muar 3:04:48.0 p.m. 4:25:41.7 p.m. 5:34:50.4 p.m. 24.7
35 Petaling Jaya 3:01:11.1 p.m. 4:25:57.8 p.m. 5:37:56.1 p.m. 28.5
36 Port Dickson 3:01:45.0 p.m. 4:25:19.1 p.m. 5:36:25.8 p.m. 27.0
37 Sandakan 3:53:12.4 p.m. 4:45:44.7 p.m. 5:33:10.3 p.m. 11.0
38 Segamat 3:05:39.3 p.m. 4:26:41.7 p.m. 5:35:55.4 p.m. 25.3
39 Seremban 3:02:14.2 p.m. 4:25:47.9 p.m. 5:36:53.5 p.m. 27.3
40 Shah Alam 3:00:36.9 p.m. 4:25:43.7 p.m. 5:37:57.1 p.m. 28.8
41 Sibu 3:38:48.6 p.m. 4:36:48.7 p.m. 5:28:30.8 p.m. 11.7
42 Sungai Petani 2:57:05.1 p.m. 4:27:59.3 p.m. 5:44:19.5 p.m. 36.7
43 Taiping 2:57:46.7 p.m. 4:27:11.0 p.m. 5:42:27.9 p.m. 34.3
44 Tapah 2:59:40.6 p.m. 4:26:59.2 p.m. 5:40:45.9 p.m. 31.8
45 Tawau 3:55:23.9 p.m. 4:43:58.6 p.m. 5:28:11.2 p.m. 8.4
46 Teluk Intan 2:58:44.1 p.m. 4:26:22.6 p.m. 5:40:24.6 p.m. 31.8

Note:Coverage – The percentages of the sun’s disk covered at mid eclipse 

Bagaimana Untuk Melihat Gerhana Matahari? – Kaedah 1

Projektor �Pinhole� dengan Kotak Panjang
Ikut arahan berikut untuk membina Projektor “Pinhole”: 

Langkah Arahan Gambar
1 Sediakan sekeping aluminium foil, pin, sehelai kertas putih, pita pelekat, pisau, gunting, pembaris dan pensil.  
2 Cari atau bina sebuah kotak atau tiub panjang. Kepanjangan kotak adalah penting. Semakin panjang kotak, semakin besar imej “pinhole”. Untuk mencari saiz imej, darab panjang kotak dengan nombor 0.00873. Bagi kotak sepanjang 1 meter, diameter imej adalah sebesar 0.00873 meter (atau 8.77 mm).    
3 Sambung dua atau lebih kotak atau tiub panjang untuk membentuk satu kotak atau tiub yang lebih panjang.  
4 Potong satu bukaan 1” x 4“ di sebelah tepi kotak sebagai portal penglihatan dan satu bukaan segiempat 1” di hujung kotak panjang.   
5 Lekatkan foil tersebut di atas bukaan segiempat 1” di hujung kotak panjang  
6 Tebuk satu lubang kecil di atas sekeping aluminium foil dengan menggunakan pin  
7 Letak sehelai kertas putih di dalam hujung kotak berdekatan portal penglihatan. Halakan hujung kotak dengan “pinhole” ke arah Matahari supaya anda dapat melihat satu imej yang bulat terbentuk di atas kertas putih di hujung kotak lain. 

 

                           

 

 

 Jangan melihat Matahari melalui lubang pin atau “pinhole” ke arah Matahari! Hanya lihat imej di atas kertas putih tersebut melalui portal penglihatan. 

>>>Untuk kaedah2 lain, sila layari laman web rasmi di sini.<<<

Komen-komen
  1. pakcikli00 berkata:

    Lafaz ijab

    Iaitu perkataan dari pihak wali perempuan atau wakilnya seperti berikut :

    A Oleh wali perempuan sendiri
    “ Aku nikahkan dikau akan anak ku Bedah dengan mas
    kawinnya RM 101.00 tunai”

    B Oleh wakil wali
    “ Aku nikahkan dikau akan Bedah dengan berwakil wali, bapa
    nya kepada ku dengan mas kawinnya RM101.00 tunai”

    Lafaz qabul

    Iaitu perkataan pihak suami bagi menjawab lafaz hijab tersebut seperti berikut :

    “ Aku terima akan nikahnya dengan mas kawinnya RM101.00 tunai”.

    Hukum menyebut mas kawin ketika dilafazkan ijab qabul ada
    lah sunat, kerana Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan menyebutnya ketika baginda menikahkan orang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s