Dunia Yang Lebih Indah

Posted: 9 November, 2007 in Islamika, Semasa
Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam muhibah…..

Syukur ke hadrat Illahi kerana ada gak blog sendiri. Mekaseh buat WordPress dan tak lupa kat abang Kid sebab ada tolong….

Semalam(8 Nov 2007), banyak benda berlaku kat depan skrin komputer ni… dunia seakan tiada duka sengketa…. Semalam, saya chat ngan pelajar Malaysia kat Mesir, semalam dapat kurangkan e-mail dari 3333 kepada 28 dan semalam jugaklah blog ni tercipta. Banyak lagi yang jadikan dunia lebih indah semalam tapi tak mau cakap banyak2. Untuk kali ini, meh baca satu perutusan kat bawah. Banyak kali saya dapat mesej, artikel dll. yg suruh forward kat orang lain atau hidup akan hancur (takdelah hancur, cuma susah, banyak dugaan dsb.). Menurut salah seorang kawan sebilik yang digelar Budu, benda-benda ni dipanggil “pesanan berantai”. Kadang forward gak, kadang malas. hinggalah dapat e-mail di bawah….

Subject: FW: KOMEN DARI USTAZ NOR RAIHAN_BERKENAAN EMEL ANEH TAPI NYATA

Pekara di bawah ini adalah menyalahi ‘syara’ dan HARAM disebarkan.

1.        Mempercayai ada yang berkuasa selain Allah dalam memakbulkan hajat
kita adalah menyimpang daripada aqidah Islam yang  murni berdasarkan firman
Allah: “..Hanya ALLAH tempat kita minta pertolongan. ”

2.        Sememangnya kita disuruh berusaha TETAPI janganlah usaha itu
menyalahi syara’ (hukum Allah). Cthnya: kita disuruh berusaha menghilangkan
dahaga TETAPI janganlah berusaha dengan cara minum arak. Kita disuruh berusaha
menghilangkan sakit TETAPI janganlah dengan cara menggunakan jin/
syaitan/jembalang. Kita disuruh berusaha mencarai rezeki TETAPI janganlah
mencuri @ merompak @ peras ugut. Demikianlah dalah perkara ini, kita disuruh
berusaha TETAPI bukan dengan cara MENSYIRIKKAN ALLAH.

3.        Apa yang membimbangkan ialah kalimah “SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERENTI.MEMANG
ANEH TAPI NYATA.. dah ada tuhan lain ke yang makbukan doa kita .suatu kalimah
yang membawa kepada fahaman ‘khurafat’ dan ‘syirik’.

4.        Oleh itu, sila hentikan ‘kerja yang tidak berfaedah ini’. Jangan
menyebarkan fahaman yang salah lagi songsang ini.

5.        Jika ada yang mempercayai kata-kata tersebut, “Siapa yang sanggup
menjawab di hadapan ALLAH Ta’ala”.
       Firman Allah :
       “Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan  penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannnya. “(Surah Al-Isra’: 36)

6.        Sila ‘forward’kan e-mel ini kepada mereka yang saudara/saudari telah
hantar attachment di bawah atau saudara/saudara akan menjawabnya di hadapan
Allah Subhanahu wa Ta’ala.

 ___________________________________________________________________

Itulah kesudahannya. Saya semakin keliru sebab pesanan terakhir no.6 tu, dia suruh forward kat orang gak! hish… Any comment??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s