Trivia Bertih Jagung (Popcorn)

Posted: 20 Mei, 2012 in Informasi

Bertih Jagung
TAHUKAH ANDA…?

  • bahawa kernel bertih jagung mengandungi sedikit air di bahagian tengah.
  • bahawa air di bahagian tengah kernel bertih jagung mengembang apabila dipanaskan menyebabkannya meletup dan berbunyi ‘pop’.

Popcorn grain

Bijian Bertih Jagung
  • bahawa kernel bertih jagung yang telah meletup mengeluarkan bahagian dalamannya.
  • satu auns bertih jagung memberikan 4 gram serat pemakanan.
  • bahawa kernel bertih jagung mengembang 30 hingga 40 kali ganda ketika ia meletup.
  • bahawa kernel bertih jagung yang tidak meletup dikenali sebagai “old maids”.

Popcorn Tradition
Popcorn boleh dinikmati bersama karamel, gula, garam, perisa, rempah dan makanan lain seperti buah kismis, dan keju. Ia membuat suatu snek yang menarik dan lazat dimakan pada bila-bila masa.

***Fakta daripada Golden Screen Cinemas (GSC) Malaysia sempena ulangtahun ke-25.

Golden Screen Cinemas
>>> Lawati laman web GSC di http://www.gsc.com.my/

MAIS haramkan logo halal swasta

Logo-logo halal berikut tidak lagi sah digunakan berdasarkan kenyataan JAKIM di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).
Logo-logo tersebut kebanyakannya dikeluarkan oleh syarikat swasta.

1. Logo dari Islamic Food Research Central Asia (IFRC)

Logo Halal IFRC

2. Logo dari Halal Food Council South East Asia (HFC SEA)

Logo Halal HFC SEA

3. Logo IFANCA International

Logo Halal IFANCA International

Senarai Badan Islam Yang Diiktiraf JAKIM (kemaskini 2012) di seluruh dunia (termasuk logo halal mereka) boleh didapati di sini : Senarai Badan Islam Yang Diiktiraf 2012

SUMBER : Facebook Sahabat Halal JAKIM
SUMBER TERUS : https://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/logo-halal-yg-tidak-dibenarkan-digunakan-di-bawah-apd2011/303761032995318

Salam sejahtera.

Bersempena dengan penjenamaan semula blog ini, beberapa perkara baru akan dikongsikan bersama pembaca melalui blog ini.
Di samping itu, kategori-kategori yang popular sebelum ini akan diteruskan dengan perkongsian artikel-artikel yang baru dan terkini.

Salah satu perkara yang baru akan diperkenalkan di blog ini adalah “Siri Sejarah Meme Popular“. Artikel-artikel yang akan diterbitkan di bawah kategori ini adalah merupakan tentang sejarah dan informasi tentang meme (kartun mimikan) yang popular di internet. Antaranya “Y U No Guy”, “Shut Up and Take My Money!”, “Forever Alone Guy”, “Me Gusta” dan banyak lagi. Meme-meme ini sangat popular di laman seperti Reddit dan 9gag.

Shut Up and Take My Money!
Nothing to Do Here
Success Kid
ANTARA Meme-meme yang popular di internet.
Informasi tentang meme-meme ini akan dibawakan khas melalui blog ini!

Satu keistimewaan yang dibawakan oleh blog ini, informasi tentang meme ini akan ditulis sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu! Jadi tak perlu susah-susah nak buka kamus tebal atau tunggu Google Translate terjemah perkataan yang tak betul dan sebagainya.

Pastikan anda nantikan “Siri Sejarah Meme Popular” yang akan dibawakan khas oleh blog ini dan pastinya akan ada beberapa lagi perkara menarik yang akan dibawakan penulis. =)

These are the links for those who like to use Maple 12 software :
[All files are at 4shared]

Maple Software Installer :
http://www.4shared.com/rar/6CDtCATv/Maplesoft_Maple_12.html

Software Details & Technical Support Information:
http://www.maplesoft.com/products/maple/history/pastversions_maple12.aspx

The Maple Book :

http://www.4shared.com/office/Mg1LDlYL/The_MAPLE_Book_1584882328.html

Maple By Example :

http://www.4shared.com/office/sX0Morcc/Maple_by_Example_0120885263.html

 

***KOS1110 Maple Notes [IIUM Students Only] :
http://www.4shared.com/rar/ttXJMLbi/KOS1110_Maple_Notes.html

***Sebelum ini terdapat artikel di blog ini tentang Cili Paling Pedas Di Dunia. Klik di sini untuk membacanya.

Masyarakat majmuk di Malaysia semestinya amat serasi dengan masakan pedas seperti kari, masak merah, rendang, asam pedas dan banyak laKadang-kadang, masakan yang dimasak terlebih pedas sehingga membakar lidah, mulut, tekak dan kawasan sekitarnya.

Pelbagai cara kita buat untuk menghilangkan kepanasan dan kepedasan tersebut. Tindakan yang kebanyakan orang ambil ialah dengan minum air kosong banyak-banyak sehingga kembung perut.

Tahukah anda minum air kosong sebenarnya tidak berkesan sangat. Berikut merupakan beberapa cara yang dicadangkan untuk menghilangkan kepedasan selepas makan makanan pedas :

1. MAKAN/MINUM PRODUK BERASASKAN TENUSU

Susu

Penyelesaian ini amat terkenal dan mudah bagi mereka yang mengetahuinya. Anda boleh minum susu segar, makan coklat, menjilat ais krim (berasaskan susu) dan sebagainya. Di dalam susu wujudnya lemak yang akan mencairkan elemen-elemen berasaskan minyak (oil-based) yang terdapat dalam masakan pedas yang wujud dari minyak masak atau dikeluarkan bahan-bahan pedas di dalam masakan tersebut (seperti cili).

2. AMBIL BUAH SITRUS
Buah Sitrus

Buah yang terkenal dengan asid sitrik (asid buah, tak berbahaya) tentunya oren. Buah limau (tak kira warna) juga salah satu buah sitrus. asid sitrik yang terdapat dalam buah sitrus mampu menguraikan elemen-elemen (berasaskan minyak) yang terdapat dalam makanan pedas. Dalam sesetengah produk, asid sitrik ini dimasukkan dalm pembuatan ais krim sebagai ejen pengemulsi (penggabung) lemak.

3. MAKAN PRODUK BERASASKAN GANDUM

Produk Gandum

Dengan memakan sesuatu yang ringan dan kembang seperti produk gandum; roti, muffin dan sebagainya, tekstur dan komposisi produk tersebut membantu menyerap bahan berasaskan minyak dalam makanan pedas.

BAHAN-BAHAN LAIN

1. Gula (kasar, halus atau perang)
2. Tomato
3. Garam
4. Gula-gula getah tanpa pudina
5. Keju

TIPS DAN INFO TAMBAHAN

• Jangan minum air kosong kerana air hanya merebak capsaicin di sekeliling pada lidah anda.
• Jika anda rasa berdenyut-denyut dan gatal-gatal pada badan anda, terutama di kepala anda, anda mungkin mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Minum sesuatu.
• Jangan menelun semua air liur berlendir! Ia juga membantu menyejukkan badan anda.

 

Sumber :
1. WikiHow [How to Cool Your Tongue After Eating Spicy Food]
2. The Straight Dope [Why water won’t help after eating spicy hot food]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memandangkan poster iklan UPU sesi 2012/2013 tak dijumpai apabila dicari di enjin carian, jadi saya berbesar hati untuk berkongsi iklan yang disiarkan di akhbar. Iklan yang saya ambil ini adalah dari akhbar Berita Minggu keluaran hari Ahad, 8 Januari 2012.

Jika kabur atau kurang jelas, nasihat saya, ikut langkah-langkah berikut:
1. Right click pada gambar
2. Pilih “Save Target As…” atau “Save Image As…”
3. Kemudian apabila keluar windows baru, pilih tempat untuk disimpan gambar ini dan tekan Save.
4. Buka gambar menggunakan program pemaparan imej seperti Windows Photo Viewer dan Microsoft Office Picture Manager.
5. Zoom in/out gambar untuk melihat secara dekat dan jelas.

Iklan ini akan disiarkan lagi beberapa kali sebelum tarikh tutup (2 April 2012) dalam akhbar-akhbar harian utama.

Banyak info-info lanjut tentang permohonan ini boleh didapati di sini : http://beliamuda.com/2012/01/permohonan-kemasukan-ke-ipta-politeknik-premier-lepasan-spm-sesi-akademik-20122013/

Sekian, wassalam.🙂

***LINK BERKAITAN***
1. Laman web utama UPU : http://upu.mohe.gov.my/
2. Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi : http://www.mohe.gov.my/portal/
3. Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia : http://www.politeknik.gov.my

Cili Paling Pedas Di Dunia

Posted: 12 Oktober, 2011 in Informasi

Tahukah anda cili apakah yang paling pedas di dunia?

Ghost Chilli
Ghost Chilli

Jawapannya ialah cili Bhut Jolokia yang berasal dari Assam, India. Ia juga dikenali dengan nama “Ghost Chile”.  Mungkin kerana cilinya yang pedas membuatkan anda naik hantu. Cili ini juga telah diiktiraf oleh Guiness World Records. Cili ini mempunyai kadar kepedasan lebih daripada 1,000,000 capsaicin.

Bhut Jolokia
Bhut Jolokia

Bagaimana pula kadar pedas diukur?  Kadar pedas diukur menggunakan skala Scoville Heat Unit (SHU) dengan nilai antara 0 – 2,000,000. Skala Scoville merupakan ukuran jumlah capsaicin yang terdapat dalam cili. Dalam erti kata lain, Capsaicin merupakan bahan kimia yang mampu memberi rangsangan pedas pada manusia. Ukuran ini telah diperkenalkan oleh ahli kimia Amerika yang Wilbur Scoville.

Chilli Heat Chart

Chilli Heat Chart

MITOS & JAWAPAN BHUT JOLOKIA

MITOS : Anda perlu memakai sarung tangan untuk memegang bijih benih Bhut Jokia, walaupun untuk menanamnya, untuk mengelakkan keradangan pada kulit.

JAWAPAN : Tindakan yang bijak keran semasa memproses, capsaicin wujud pada bijih benih dan boleh menembusi lapisan kulit anda.

MITOS : Bijih benih Bhut Jokia perlu disejukbekukan selama dua hari, kemudian disimpan di dalam gelap sehingga bercambah.

JAWAPAN : Ini adalah mitos, tetapi secara umumnya, meletakkan bijih benih di tempat yang sejuk adalah idea yang bagus, tetapi cuma perlu pastikan disimpan di tempat kedap udara juga. Perkara ini memastikan bijih benih dapat hidup dalam tempoh yang lebih lama.

MITOS : Anda perlu mengikis bijih benih bagi membolehkannya bercambah dan anda mesti memakai pelindung muka semasa melakukannya.

JAWAPAN : Mitos ini salah sama sekali. Jenis cili yang perlu dibuat sedemikian hanyalah Chiltepin.

  

 MITOS : Bunga cili perlu didebungakan sendiri.

JAWAPAN : Perbuatan ini tidak perlu, tetapi boleh membantu dalam menetapkan ciri buahnya.

MITOS : Kepedasan cili akan berkurang sekiranya tidak tumbuh secara pengasingan mutlak.

JAWAPAN : Mitos ini tidak betul. Kepedasan Jolokia boleh disebabkan persekitaran. Persekitaran yang sederhana akan menghasilkan cili kurang pedas. Juga cili akan menjadi kurang pedas sekiranya dipetik terlalu awal ketika tidak matang lagi. Namun, penanaman secara berasingan tidak ada kena mengena dengan kepedasan cili.

***Dipetik dari artikel kiriman aizi aizi di Mahligai Yahoo! Groups dan Facebook The Chile Pepper Institute.