5 Perkara Dilarang Ketika Tidur

Posted: 19 May, 2011 in Informasi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi info tentang 5 perkara yang dilarang untuk dilakukan ketika tidur.

1. Jangan tidur dengan jam tangan

Jam tangan boleh menghasilkan dan menyebarkan radioaktif pada tahap tertentu. Walaupun sedikit, namun sekiranya dipakai dalam jangka masa yang panjang, kesihatan diri mampu terganggu. Namun, larangan ini tidak membabitkan jam loceng atau jamban di rumah anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit

 

Tidak digalakkan meletakkan telefon bimbit di sisi atau berdekatan dengan anda ketika tidur. Walaupun sesetengah orang menjadikan telefon bimbit sebagai penggera untuk mengejutkan mereka dari tidur, tetapi sebolehnya letaklah telefon bimbit jauh dari anda. (Wujud sesetengah golongan yang tidak bangun apabila meletakkan penggera sangat berdekatan dengan mereka.) Para saintis telah membuktikan barangan elektrik termasuk telefon bimbit dan set televisyen membebaskan gelombang magnetik apabila digunakan. Gelombang ini akan menganggu sistem saraf manusia yang menggunakannya. Oleh itu, kalau nak letak berhampiran dengan anda sekalipun, pastikan anda matikan dahulu telefon bimbit anda.

***Larangan berikutnya agak sensitif, tetapi harap anda ‘membersihkan’ pemikiran anda dahulu ya! (Maka dengan itu, tiada gambar untuk paparan. :P )***

3. Jangan tidur dengan bra

Kajian saintis-saintis di Amerika menunjukkan sesiapa yang memakai bra melebihi 12 jam, mampu terdedah kepada risiko barah payu dara. Maka, tidurlah tanpanya.

4. Jangan tidur dengan kosmetik

 

Dalam bahasa mudahnya, jangan tidur dengan mekap! Manusia yang mengamalkan tabiat ini berpotensi untuk mengalami masalah kulit dalam jangka masa panjang. Mengapa? Kerana apabila anda tidur dengan mekap, anda telah menyebabkan liang-liang kulit anda sukar untuk bernafas. Kalau tak bernafas sel-sel kulit anda, lama-lama matilah. Hah, ingat nak cover muka dengan mekap, padahal lagi teruk jadinya!

Selain itu, kalau pakai mekap ketika tidur, anda akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

5. Jangan tidur dengan suami/isteri orang lain!

Atau anda akan tidur selama-lamanya!

Advertisement
Comments
  1. nadya nanda says:

    lol~~~ xDD

    agak lawak, tapi sangat tepat.

    sokong jimie !! hihih,

    • jimie1402 says:

      hehe… thanks ENCHEK Nadia! =P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s