LATIHAN DAN UJIAN LESEN B2 & D

Posted: 22 April, 2010 in Pendidikan
Label:, , , , , ,

Assalamualaikum.

Memandangkan saya baru sahaja dapat lesen, saya ingin kongsikan sedikit catatan saya sepanjang saya belajar di sekolah memandu. Memandangkan saya hanya ambik lesen B2 (motosikal biasa) dan D (kereta biasa), jadi saya hanya kongsikan tentang dua lesen tu jelah ye. Kalo saya ambik lesen laen nnti sy bgtau… :P

Sebaiknya patut ada catatan tentang langkah2 yang diajar kerana perkara tersebut adalah perkara yang akan dilakukan sewaktu ujian JPJ. Kalo nak mudah, tulis atas kertas kecik (cth : sticky pad) dan wak2 hari ujian nanti senang dirujuk. Kalau nak lagi senang, simpan nota ni dalam handphone. Cam saya, saya save nota sy dlm bentuk gmbr (.jpeg/.gif/.bmp/.png) dan kemudian transfer masuk handphone.

Inilah catatan yang menjadi rujukan saya…

>>>>>>>>>LESEN D<<<<<<<<<<

1.BUKIT

  -NAIK BUKIT-
  > Masuk gear 1, turunkan handbreak dan lepaskan clutch perlahan2
  > Apabila sudah hampir naik bukit, tekan minyak dan lepas clutch.
  > Hati2. Berhenti apabila tiang di sebelah kanan selari dengan cermin pandang sisi kanan.
    Berhenti dengan tekan clutch dan brek. Kalau xtekan clutch, enjin akan mati.
  > Freekan gear dan tarik handbreak.

  -TURUN BUKIT-
  > Masuk gear 1
  > Lepaskan clutch perlahan2 sehingga ada rasa terangkat
  > Tekan minyak sampai 3. Pastikan clutch tidak ditekan. Tangan kiri bersiap sedia pada handbreak.
  > Turunkan gearbreak. Kereta akan meluncur turun.

2.PARKING

  -MASUK PARKING (KIRI)-
  > Pastikan kedudukan stereng berada di tengah (normal). Tiang di sebelah kiri tidak terlalu jauh.
  > Bergerak hingga tiang di bucu parking paling hadapan dan paling luar berada pada kotak kecil pada tingkap kiri belakang.
  > Teruskan bergerak hingga tiang tersebut tidak nampak. Jangan terlalu jauh. Apabila mula xnampak terus berhenti.
  > Masuk gear Reverse (R). Pusingkan stereng ke sebelah kiri habis.
  > Lepaskan clutch perlahan2. Pastikan brek tidak ditekan.
  > Lihat cermin pandang sisi kanan. Kira bilangan tiang yang muncul. Berhenti apabila sudah masuk ke bilangan ketujuh.
  > Pusing ke kanan 2 kali sehingga stereng menjadi normal. Lepaskan clutch sehingga tiang pertama berada di sisi cermin hadapan. Brek.
  > Pusingkan stereng ke kanan habis. Lepaskan clutch dan perhatikan di belakang agar tidak melanggar tiang belakang.
  > Betulkan kedudukan kereta dengan pastikan berada di tengah.

  -KELUAR PARKING (KIRI)-
  > Undurkan kereta hingga yakin mampu keluar tanpa melanggar tiang. Pastikan tiang belakang tidak dilanggar.
  > Masuk gear 1. Pusingkan stereng ke kanan habis.
  > Lepaskan clutch dan kereta akan bergerak. Perhatikan di sebelah kiri sehingga tiang pertama berada selari dengan sisi bahu. Brek.
  > Pusing stereng ke kiri habis. Lepaskan clutch dan bergerak keluar.

3. JALAN MATI/3 POINTER

  -MASUK JALAN (KIRI)-
  > Pusing stereng ke kiri hingga masuk.
  > Pusingkan semula ke normal apabila sudah masuk habis. Dinding di hadapan nampak perpendicular. Terus pusing stereng ke sebelah kanan.
  > Berhenti apabila telah pusing sepenuhnya. Pastikan tiang di hadapan tidak dilanggar.
  > Masuk gear Reverse (R). Pusing stereng ke kiri habis. Lepaskan clutch dan berhenti apabila anak panah masuk selari dengan bahu.
  > Masuk gear 1. Pusing ke kanan habis. Lepaskan clutch dan bergerak keluar.

  *MASUK JALAN (KANAN) adalah sama seperti kiri, cuma pada mulanya pusingkan stereng ke sebelah kanan hingga masuk.

>>>>>>>>>LESEN B2<<<<<<<<<<

MASUK GEAR…
Enjin sewaktu dihidupkan, pada gear Neutral (N). Ada lampu hijau menyala.
Tekan gear hadapan, baru masuk gear 1.
Sebolehnya bawa dalam gear 2 atau 3.
Sebelum matikan enjin, pastikan dalam gear N kembali.

1. PUSINGAN 8

  > Mulakan dengan membunyikan hon. Bergerak hingga 1 1/2 pusingan dan bergerak keluar.
  > Pastikan kaki tidak memijak tanah dan motor tidak melanggar line tepi jalan.

2. LINTASAN TITI

  > Apabila keluar dari bulatan 8, terus bergerak ke titi kuning. Imbangkan badan.
  > Pastikan kaki tidak mencecah tanah dan motor tidak terkeluar dari garisan kuning titi.
  > Pastikan dilakukan tidak kurang dari 7 saat.

3. LALUAN BERHALANGAN

  > Bergerak tanpa melanggar halangan kon.
  > Pastikan kaki tidak mencecah tanah.

4. BREK KECEMASAN

  > Berhenti di garisan putih dan angkat tangan.
  > Pulas minyak hingga ..kmh dan bergerak.
  > Apabila berada di pasu terakhir di sebelah kanan, bersedia untuk berhenti.
  > Tekan brek tangan dan kaki sekuatnya apabila sudah berada di dalam petak. Letakkan kaki kiri di jalan.
  > Angkat tangan

5. SELEKOH BAHAYA

  > Apabila keluar dari kotak brek kecemasan, terus belok ke kiri dan bergerak mengikut liku jalan.
  > Pastikan kaki tidak menyentuh tanah.
  > Berhenti pada garisan putih.

6. ZON LEBUHRAYA

  > Setelah berhenti di garisan putih, betulkan cermin sisi dan topi keledar.
  > Periksa lampu hadapan dan belakang.
  > Periksa lampu signal kanan.
  > Periksa lampu signal kiri.
  > Angkat tangan dan lengan kanan.
  > Angkat tangan dan lengan kiri.
  > Angkat tangan.
  > Beri signal kiri, pandang kanan sekali dan bergerak ke laluan jalanraya B2.
  > Apabila hampir kepada tiang di sebelah kanan, lambai tangan kanan sebanyak tiga kali.
  > Tukar signal kanan dan berhenti di persimpangan.
  > Angkat tangan dan lengan kanan.
  > Angkat tangan dan lengan kiri.
  > Beri signal kiri, pandang kanan sekali dan teruskan perjalanan.
  > Apabila hampir kepada tiang di sebelah kanan, lambai tangan kanan sebanyak tiga kali.
  > Belok dan apabila hampir kepada tiang di sebelah kanan, lambai tangan kanan sebanyak tiga kali.
  > Berhenti di garisan putih tamat dan angkat tangan. TAMAT

About these ads
Komen-komen
  1. ewah ewah berkata:

    7 minit ketika di titi?
    biar btol..
    lme gler..

    • jimie1402 berkata:

      yelah, 7 minit…
      ade caranye nak pastikn lpas 7 minit tu…
      1. Pastikan gear 2 atau 3, jgn pkai gear 1
      2. sblm naik titi tu, pulas minyak
      3. atas titi tu nnti main brek je…
      4. pastu cikgu aku ajar, kaki (lutut) kene rapat, barulah agak stabil nak naik titi tu…

      erm, ni dah penah ambik lesen motor blom nih? kalo dah mesti tau pnye ape maksud “TITI” tuh… ;)

    • chie berkata:

      7 minit????sape kate???7 saat lar………

  2. meon berkata:

    7 saat lah doh kat titi =.=”

  3. kam berkata:

    2 pasal 7 minit..lame giler..mau beku otak aku

  4. siti berkata:

    alamak..nk g jme jpj nie jp ag..tkot la

  5. heracx13 berkata:

    bukan 7 saat je ke?
    mcm lame sgt ja 7 minit?

  6. wan berkata:

    haih,7 saat laa,mati aa kalo 7 menet

  7. jimie1402 berkata:

    ok2, semua.

    Harap maaf sbb xkeperasanan saya tentang kesalahan saya (sbb nervous sgt kot :P). Dah dibetulkan dah pun.

    Terima kasih atas teguran anda semua.

  8. daniel berkata:

    tade kew soalan2 ujian komputer ?
    na try wt laa ..

  9. haliy berkata:

    soalan pasal ujian kmputer adew x?????

  10. Siti Aminah berkata:

    assalam :)

    nie nk tnye sblom wat pusingan 8 kena tkar gear 2 kn?
    tp mse jln nk ke pusingan 8 ue kena pkai gear brape?

    pastu, sblom memecut nk wat emergency brek kena gne
    gear brape ek? dan ape lg yg diharuskan selain angkt
    tgn pas berenti, kena buang gear kah? smpai gear brape?

    itul je lah yg sye nk tnye..maaf lw byk bertnye..huhu

    • jimie1402 berkata:

      Waalaikumsalam wbt.

      Kalau boleh waktu awal2 tu, sblm masuk litar set terus gear 2 atau gear 3…
      Then x perlu susah2 nak fikir pasal nak tukar gear waktu tgh bawa.

      Waktu emergency brek tu kalau xsilap tak penting sgt utk tukar2 gear, tapi kalau rasa2 JPJ agak strict, waktu sebelum angkat tgn tu tukar gear ke N, then baru angkat tgn. Then, bila dah boleh teruskn, masuk balik gear 2 atau 3.

      xpe2, kalau nak tanya lagi, dipersilakan. Insya-Allah sy kongsikan apa yang saya tahu. ;)

      • Siti Aminah berkata:

        cmner nk pastikan x ilang kwln mse angkat tgn lmbai 3x ue?
        nnt dh angkt tgn, len lak peginye..huhu

      • jimie1402 berkata:

        no worries too much…
        Selalunya kalau bawak motor, jd xstabil waktu angkat tgn sbb bwk motor slow sgt.
        kalo nk stabil waktu lambai tgn tu, sblm lambai tu, pulas minyak banyak2 skit. Nnti just biar motor tu jln dgn sendirinya.
        Then, jgn lambai lmbt2 sgt. 1 saat = 1 lambai cukup la. Jd total 3 saat je.
        Kalau bleh buat kurg dr 3 saat pun lg bagus. ;)

  11. nadya keyora berkata:

    hai…
    erm nk tanya lar…
    lepas buat untuk kon tue..kiter terus buat emergency break ker..
    ataw kiter kena berhenti dulu..hhuhu..

    • jimie1402 berkata:

      Mcm saya dulu, saya berhenti kejap dan angkat tgn tanda dah sedia, then baru pecut & brek emergency.
      Tapi saya tengok ada je yg tak berhenti.
      Sebaiknya rujuk pada cikgu awak, atau tanya JPJ yg bertugas sebelum test tu.
      ALL THE BEST!
      =)

  12. siti intan berkata:

    Assalamualaikum.saya nak tanya pasal isyarat tgn.kalau dekat tempat saya macam lain sikit.boleh tolong terangkan dengan lebih detail?kalau ada video lagi bagus.sori la byk sgt permintaan.terima kasih sbb sudi bantu.very appreciate it :)

  13. muhammad hizami bin roslan berkata:

    sesiapa yg ade contoh soalan berkomputer??? tolong bagitahu saye,, tq

  14. Leena berkata:

    Doakan lah saya lulus ujian JPJ hari jumaat ni yaaa.

  15. Haris Iskandar berkata:

    Boleh terberak orang atas tu lalu titi kalau 7 minit .. wakaka

  16. syakirahsakura berkata:

    isyarat tangan macm mana ye

  17. shahirah berkata:

    Macm mane nak agkat mtor togkat dua ? saya berbadan kecik je :(

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s