Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memandangkan poster iklan UPU sesi 2012/2013 tak dijumpai apabila dicari di enjin carian, jadi saya berbesar hati untuk berkongsi iklan yang disiarkan di akhbar. Iklan yang saya ambil ini adalah dari akhbar Berita Minggu keluaran hari Ahad, 8 Januari 2012.

Jika kabur atau kurang jelas, nasihat saya, ikut langkah-langkah berikut:
1. Right click pada gambar
2. Pilih “Save Target As…” atau “Save Image As…”
3. Kemudian apabila keluar windows baru, pilih tempat untuk disimpan gambar ini dan tekan Save.
4. Buka gambar menggunakan program pemaparan imej seperti Windows Photo Viewer dan Microsoft Office Picture Manager.
5. Zoom in/out gambar untuk melihat secara dekat dan jelas.

Iklan ini akan disiarkan lagi beberapa kali sebelum tarikh tutup (2 April 2012) dalam akhbar-akhbar harian utama.

Banyak info-info lanjut tentang permohonan ini boleh didapati di sini : http://beliamuda.com/2012/01/permohonan-kemasukan-ke-ipta-politeknik-premier-lepasan-spm-sesi-akademik-20122013/

Sekian, wassalam. :)

***LINK BERKAITAN***
1. Laman web utama UPU : http://upu.mohe.gov.my/
2. Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi : http://www.mohe.gov.my/portal/
3. Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia : http://www.politeknik.gov.my

Cili Paling Pedas Di Dunia

Posted: 12 October, 2011 in Informasi

Tahukah anda cili apakah yang paling pedas di dunia?

Ghost Chilli
Ghost Chilli

Jawapannya ialah cili Bhut Jolokia yang berasal dari Assam, India. Ia juga dikenali dengan nama “Ghost Chile”.  Mungkin kerana cilinya yang pedas membuatkan anda naik hantu. Cili ini juga telah diiktiraf oleh Guiness World Records. Cili ini mempunyai kadar kepedasan lebih daripada 1,000,000 capsaicin.

Bhut Jolokia
Bhut Jolokia

Bagaimana pula kadar pedas diukur?  Kadar pedas diukur menggunakan skala Scoville Heat Unit (SHU) dengan nilai antara 0 – 2,000,000. Skala Scoville merupakan ukuran jumlah capsaicin yang terdapat dalam cili. Dalam erti kata lain, Capsaicin merupakan bahan kimia yang mampu memberi rangsangan pedas pada manusia. Ukuran ini telah diperkenalkan oleh ahli kimia Amerika yang Wilbur Scoville.

Chilli Heat Chart

Chilli Heat Chart

MITOS & JAWAPAN BHUT JOLOKIA

MITOS : Anda perlu memakai sarung tangan untuk memegang bijih benih Bhut Jokia, walaupun untuk menanamnya, untuk mengelakkan keradangan pada kulit.

JAWAPAN : Tindakan yang bijak keran semasa memproses, capsaicin wujud pada bijih benih dan boleh menembusi lapisan kulit anda.

MITOS : Bijih benih Bhut Jokia perlu disejukbekukan selama dua hari, kemudian disimpan di dalam gelap sehingga bercambah.

JAWAPAN : Ini adalah mitos, tetapi secara umumnya, meletakkan bijih benih di tempat yang sejuk adalah idea yang bagus, tetapi cuma perlu pastikan disimpan di tempat kedap udara juga. Perkara ini memastikan bijih benih dapat hidup dalam tempoh yang lebih lama.

MITOS : Anda perlu mengikis bijih benih bagi membolehkannya bercambah dan anda mesti memakai pelindung muka semasa melakukannya.

JAWAPAN : Mitos ini salah sama sekali. Jenis cili yang perlu dibuat sedemikian hanyalah Chiltepin.

  

 MITOS : Bunga cili perlu didebungakan sendiri.

JAWAPAN : Perbuatan ini tidak perlu, tetapi boleh membantu dalam menetapkan ciri buahnya.

MITOS : Kepedasan cili akan berkurang sekiranya tidak tumbuh secara pengasingan mutlak.

JAWAPAN : Mitos ini tidak betul. Kepedasan Jolokia boleh disebabkan persekitaran. Persekitaran yang sederhana akan menghasilkan cili kurang pedas. Juga cili akan menjadi kurang pedas sekiranya dipetik terlalu awal ketika tidak matang lagi. Namun, penanaman secara berasingan tidak ada kena mengena dengan kepedasan cili.

***Dipetik dari artikel kiriman aizi aizi di Mahligai Yahoo! Groups dan Facebook The Chile Pepper Institute.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi info tentang 5 perkara yang dilarang untuk dilakukan ketika tidur.

1. Jangan tidur dengan jam tangan

Jam tangan boleh menghasilkan dan menyebarkan radioaktif pada tahap tertentu. Walaupun sedikit, namun sekiranya dipakai dalam jangka masa yang panjang, kesihatan diri mampu terganggu. Namun, larangan ini tidak membabitkan jam loceng atau jamban di rumah anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit

 

Tidak digalakkan meletakkan telefon bimbit di sisi atau berdekatan dengan anda ketika tidur. Walaupun sesetengah orang menjadikan telefon bimbit sebagai penggera untuk mengejutkan mereka dari tidur, tetapi sebolehnya letaklah telefon bimbit jauh dari anda. (Wujud sesetengah golongan yang tidak bangun apabila meletakkan penggera sangat berdekatan dengan mereka.) Para saintis telah membuktikan barangan elektrik termasuk telefon bimbit dan set televisyen membebaskan gelombang magnetik apabila digunakan. Gelombang ini akan menganggu sistem saraf manusia yang menggunakannya. Oleh itu, kalau nak letak berhampiran dengan anda sekalipun, pastikan anda matikan dahulu telefon bimbit anda.

***Larangan berikutnya agak sensitif, tetapi harap anda ‘membersihkan’ pemikiran anda dahulu ya! (Maka dengan itu, tiada gambar untuk paparan. :P )***

3. Jangan tidur dengan bra

Kajian saintis-saintis di Amerika menunjukkan sesiapa yang memakai bra melebihi 12 jam, mampu terdedah kepada risiko barah payu dara. Maka, tidurlah tanpanya.

4. Jangan tidur dengan kosmetik

 

Dalam bahasa mudahnya, jangan tidur dengan mekap! Manusia yang mengamalkan tabiat ini berpotensi untuk mengalami masalah kulit dalam jangka masa panjang. Mengapa? Kerana apabila anda tidur dengan mekap, anda telah menyebabkan liang-liang kulit anda sukar untuk bernafas. Kalau tak bernafas sel-sel kulit anda, lama-lama matilah. Hah, ingat nak cover muka dengan mekap, padahal lagi teruk jadinya!

Selain itu, kalau pakai mekap ketika tidur, anda akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

5. Jangan tidur dengan suami/isteri orang lain!

Atau anda akan tidur selama-lamanya!

Dead Rising 2

Minimum System Requirements
OS : Windows XP
CPU: AMD Athlon 64 X2 or higher
Memory: Windows Vista 1GB or higher; Windows XP 512MB or higher
Hard Disk : 8GB or higher
Resolution : 800×600
DVD-ROM: DVD 9
Video Card : 256MB video memory at least; DirectX 9.0c/Shader 3.0 or higher; NVIDIA GeForce 6800 series or higher; ATI Radeon HD 2400 Pro or higher
Sound Card: DirectX 9.0c or higher

Mediafire Links :

http://www.mediafire.com/?ffme34i4lzb97

Password: vnr18

Source : http://games2k.blogspot.com/2011/02/download-dead-rising-2-pcmediafire.html

Info : MyKad

Posted: 11 February, 2011 in Informasi

  • Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.
    Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP.
    Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.

 

  • Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

 

  • di muka belakang mykad, kita boleh tahu dah berapa kali tukar ic..tengok nombor siri..contohnya

570831-12-5114-02-01

(02) menunjukkan, org tu dh 2 kali tukar mykad.

  • klu kt nombor mykad ada tanda (*), contohnya
    570831-12-5114*.. yg nie mknanya, tarikh lahir pada no mykad dia tu, bukan tarikh lahir sbenar, tetapi tarikh pendaftaran IC tersebut.

 

  • klu ada lampu pengesan duit palsu tu, cuba suluh pada mykad, korang akan jumpa ada 1 lagi gambar tersembunyi.

 

  • Untuk anda yang ingin menyemak butiran pada cip MyKAD anda, anda boleh melakukannya melalui decoder Astro anda.

Cukup ikuti langkah-langkah berikut:
1. Hidupkan TV anda & decoder Astro
2. Pergi ke saluran 800 (ini akan memakan masa 10 saat untuk load)
3. Setelah menu Astro Interaktif datang pada, tatal ke bawah dan pilih ‘MyKad’ pilihan.
4. Masukkan MyKad anda di slot kedua decoder Astro anda. Tadaa! butiran MyKad anda akan muncul di skrin TV.

(hmm ramai yang cakap dah tak boleh..hmm..dulu boleh, sekarang dah tak boleh la kot..hehehehe)

  • Hanya dengan mengeluarkan kad anda dan masukkan seterusnya jika anda ingin check MyKads lebih.
    Perhatikan data peribadi anda (terutama agama) dan jika anda mengesan kesalahan, dengan cepat pergi ke bahagian pendaftaran terdekat dan mendapatkannya diperbaiki.

 

  • kad kredit pun boleh juga!!!

Kad Kredit

Sumber : YahooGroups Mahligai, JPN.GOV and WIKIPEDIA

Tujuh Fakta

Posted: 23 January, 2011 in Informasi

1. Nama yang paling banyak digunakan diseluruh dunia adalah Muhammad.

Muhammad

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk adalah Madu.

 Madu

3. Siput boleh tidur selama 3 tahun.

Siput

4. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus dapat membiak lebih dari sejuta ekor anak tikus.

Tikus

5. Memakai headphone selama 1 jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.

Headphone

6. Setiap lipstik mengandungi sisik ikan.

Lipstik

7. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : Semuanya ditemukan oleh PEREMPUAN.

Wanita

———————————————————————-

Sumber : http://www.sioloon.com/t11689-7-fakta-pelik

Kisah Harimau Di Taj

Posted: 22 October, 2010 in Semasa
Pada hari ketiga bulan ke-10, terdengarlah ngauman harimau di bumi Taj Mahal. Mungkin ramai sudah dapat mengagak tetapi bagi yang belum mengetahui maksud ayat pertama tersebut, biar saya jelaskan. 3 Oktober 2010, Sukan Komanwel 2010 telah pun bermula secara rasminya di New Delhi, India.

Target awal, 10 pingat emas. Dengan kesungguhan dan ketabahan mengharungi segala rintangan, akhirnya pada 15 Oktober 2010, berakhirlah sudah perjuangan pasukan Harimau di bumi Delhi. 35 pingat berjaya diperoleh termasuk 12 butir pingat emas berjaya dihasilkan. Pada edisi kali ini merupakan rekod terbaik skuad Harimau di Sukan Komanwel. Sebelum ini, rekod terbaik dicipta di tanah air sendiri pada edisi 1998 iaitu dengan 10 pingat emas diperoleh.

Namun, situasi kali ini berbeza sama sekali. Sudahlah merantau di negeri orang, pelbagai masalah pula timbul. Namun, pihak penganjur berjaya mengatasinya pada saat-saat akhir.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum wbt.

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu sewaktu kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya :

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30cm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang p ena mbahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera diskrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

;)

Sumber : http://navy-puo.blogspot.com/2010/07/telefon-bimbit-boleh-buka-pintu-kereta.html

Lament by Devotees

Posted: 30 May, 2010 in Muzika

Assalamualaikum wbt.
Kali ini saya nak kongsikan lirik lagu yang menjadi background music dlm blog saya ni.

Komen saya :
1. Lirik menakjubkan! Banyak perkataan yang saya belajar dari lagu ni; cth : Lament = meratap, eternal compassion = kasih sayang yang kekal, temptation = dugaan/ godaan
2. Susunan dan gubahan lagu pun bagus, mmg masuk dgn lirik.
3. Backup voice pun memang sangat2 bagus, harmoni jugak ditambah dengan suara Waheeda yang bernada tinggi
4. Video klip – pernah tengok kejap kat TV, cam x best sgt, x menepati imaginasi aku. :P

Oklah, penat dah nak komen lagi, ni dia liriknya :

Lament
Album : Devotees
Munsyid : Devotees

You
You like to live
like to believe
Essence of life is fun
Want
Want to pretend
The life that you live
Has no guiding hands and you

Jumped into the monies
And never looked back
Moved away from righteousness
You want it all
And don’t care if you fall
You wanna see the world
You wanna be the world

Try
Try to believe
The reason to live
Eternal compassion
You’ll feel it deep within inside of you

Grasp
The chance to repent
The chance to live
A new life
A new beginning
But you

c/o

Why
Do you throw life away
Don’t you wanna be among
The ones who fought for the truth
When you eyes were blinded
By the taste temptation in your life
Then tell me why must you

Lagu : Waheeda
Lirik: Waheeda

Download link :
1. http://www.mediafire.com/?mzgmdq2yin2
2. http://www.4shared.com/audio/2Im1_FF-/Devotees_-_Lament.htm

Assalamualaikum wbt.

Keputusan untuk PILN Lepasan SPM 2009 dah pun keluar.

Untuk JPA, boleh check kat http://esilav2.jpa.gov.my/ mulai 21 Mei 2010, jam 3.00 petang.

Untuk MARA pula, boleh check kat http://www3.mara.gov.my/keputusanPILN2010/index.htm mulai 21 Mei 2010, jam 4.00 petang.

Good luck kepada yang berkaitan. =)

Nway, meh saya letak petikan kat website JPA :

Dasar Penajaan Program Ijazah Luar Negara Tahun 2010
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.
 
Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.

Penawaran PILN adalah berdasarkan 4 kategori seperti berikut:
Kategori 1 – Kecemerlangan Akademik sebanyak 20% daripada keseluruhan tempat di bawah PILN.
Kategori 2 – Mengikut Populasi Kaum sebanyak 60% daripada keseluruhan tempat dalam PILN
Kategori 3 – Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN.
Kategori 4 – Golongan Socially Disadvantaged sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN.

Bagi PILN 2010, JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan daripada pelajar-pelajar lepasan SPM. Daripada jumlah tersebut sebanyak 10,956 permohonan melepasi syarat minima dan layak di temuduga. Bilangan tersebut menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif.
 
Memandangkan terdapat persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 2,000 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN untuk mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal. Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan.

MARA plak? Oh, harap maaf, MARA xde tulis pape. =)